Selepasnya Pertempuran Thermopylae

Apabila mayat Leonidas dapat diambil oleh Persia, raja Xerxes, amat marah dengan Leonidas telah memerintah agar kepala Leonidas dipenggal dan tubuhnya disalib. Herodotus mengulas bahawa tindakan ini amat luar biasa bagi Persia, kerana mereka mempunyai tabiat melayan "pahlawan berani" dengan penuh kemuliaan[51] (sebagai contoh tahanan Pytheas yang ditawan lebih awal di Skyros turut menunjukkan itu[52]). Bagaimanapun, Xerxes terkenal dengan panas barannya, sebagaimana dia memerintah Hellespont disebat kerana ia tidak mematuhinya.[53]

Xerxes hairan apa yang hendak dilakukan oleh tentera Yunani (kerana jumlah mereka yang kecil) dan mengarah beberapa orang Arcadian yang melarikan diri disoal di hadapannya. Jawapannya adalah semua yang lain sedang mengambil bahagian dalam Sukan Olympic. Apabila Xerxes bertanyakan apakah hadian bagi pemenangnya, ia dijawab dengan "dahan zaiton". Sementelah mendengar ini, Tigranes, Jeneral Parsi, berkata: "Demi Dewa, Mardonius, manusia jenis apa yang anda adukan dengan kami? Ia bukannya wang yang mereka rebutkan tetapi demi kemuliaan pencapaian!" (terjemahan Godley).[54]

Selepas tentera Parsi berlalu, tentera Yunani yang dikalahkan mengumpul mayat mereka dan mengebumikan di bukit. Patung batu singa diletakkan bagi mengingati Leonidas.[49] Empat puluh tahun selepas pertempuran, rangka Leonidas dikembalikan ke Sparta di mana dia dikebumikan sekali lagi dengan penuh kehormatan dan perlawanan pengkebumian diadakan setiap tahun bagi memperingatinya.[55]

Pertempuran Artemisium di laut berakhir dengan seri, di mana tentera laut Athen berundur. Tentera laut Parsi kini menguasai Laut Aegean dan semua semenanjung Yunani sejauh keselatan sehingga Attica. Tentera Spartans bersedia untuk mempertahankan Segenting Corinth dan Peloponnesos, sementara Xerxes mara dan menjarah Athens, yang penduduknya telahpun melarikan diri ke Pulau Salamis. Pada September, tentera Yunani mengalahkan Persia dalam Pertempuran Salamis di laut, yang mendorong kepada pengunduran pantas Xerxes. Baki tentera Parsi, ditinggalkan di bawah pemerintahan Mardonius, kemudiannya ditewaskan dalam Pertempuran Plataea oleh gabungan tentera Yunani yang sekali lagi dipimpin oleh Spartans, di bawah regent Pausanias.[56]

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran Thermopylae http://www.greektexts.com/library/Herodotus/Polymn... http://www.iranchamber.com/history/articles/persia... http://humanitieslab.stanford.edu/contemporaryarch... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per...